sahabat blogger

TIP BAIK UNTUK PENANAM




TIP TAMBAH BERAT BUAH (CILI & TERUNG) 

1 - 2 jam sebelum petik hasil cili atau terung, lakukan siraman terlebih dahulu. Kalau kaedah fertigasi - titiskan air baja lebih kurang 10 - 15 minit pada 7.30 pagi. Petik buah jam 9.00 pagi. InsyaAllah berat buah bertambah ( kadang capai 20 - 30%) berbanding tidak berbuat demikian. terung pun begitu juga... INI BUKAN TIPU BERAT TAPI TAMBAH BERAT..Cubalah !...


TIP CILI BERTERUSAN KELUAR PUCUK BARU 

Habit pokok cili berbunga dan berbuah di cabang. Cabang akan terbentuk bila ada pucuk baru keluar. Setelah beberapa bulan pertumbuhan kadangkala pokok cili seolah-olah berhenti membesar (tak de pucuk baru). Ini boleh diatasi dengan memberikan air dan nitrogen yang banyak daripada kebiasaan yang diterima. Oleh itu penanam boleh memberi tambahan baja N (seperti Urea atau SA atau Amm nitrat) setiap 7 - 10 hari kepada pokok yang telah berbuah atau berumur lebih 3 bulan di ladang. Bagi pengamal fertigasi tambah Urea atau Amm. nirat 0.5 - 1.0 kg dalam tangki 600G dan titiskan 10 - 15 minit sebelah pagi
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

jejak pengunjung