sahabat blogger

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU


huk.huk.huk "aceli batuk" dah bersawang blog ni dear semua. ha ! please baca tajuk . sudah 2 bulan di U baru berkesempatan pos . saya di sini mengambil DIPLOMA PERTANIAN ,kesinambungan sijil pertanian gua . nak up sikit DIPLOMA I AGRICULTURE .kelas kau jah oii.

mengarut dah ni .sepanjang 2 bulan ni aku and course mate aku sama hobi iaitu "JALAN-JALAN CARI MAKAN AND PASAL " hahahah !

belanja wefie sikit
semua tempat nie dekat area bintulu. oke boleh tanya soalan . 
kami naik apa ? ofcoz teksi .mak bapak kami mmg org kaya . HAHAHAHA .just kidding
kami weng.weng.weng naik moto .merempit lar .pinjam la moto sapa-sapa yang ada kat U ni.
rempit - rempitan

first NASI LALAPAN
jemput tengok

kenapa nama LALAPAN ? good quetion . sebab ada lapan ulam . but at here just four .hahahahah ! susah nak cari ulam sekarang ni ceqq oiii.

then TAMAN NEGARA
visitor kat situ tolong

ayu letueew

tiada assistant so wefie sendiri
biar gambar yang berbicara.

=)BYEEEE. nanti kan sambungan u'ollls

TIP BAIK UNTUK PENANAM




TIP TAMBAH BERAT BUAH (CILI & TERUNG) 

1 - 2 jam sebelum petik hasil cili atau terung, lakukan siraman terlebih dahulu. Kalau kaedah fertigasi - titiskan air baja lebih kurang 10 - 15 minit pada 7.30 pagi. Petik buah jam 9.00 pagi. InsyaAllah berat buah bertambah ( kadang capai 20 - 30%) berbanding tidak berbuat demikian. terung pun begitu juga... INI BUKAN TIPU BERAT TAPI TAMBAH BERAT..Cubalah !...


TIP CILI BERTERUSAN KELUAR PUCUK BARU 

Habit pokok cili berbunga dan berbuah di cabang. Cabang akan terbentuk bila ada pucuk baru keluar. Setelah beberapa bulan pertumbuhan kadangkala pokok cili seolah-olah berhenti membesar (tak de pucuk baru). Ini boleh diatasi dengan memberikan air dan nitrogen yang banyak daripada kebiasaan yang diterima. Oleh itu penanam boleh memberi tambahan baja N (seperti Urea atau SA atau Amm nitrat) setiap 7 - 10 hari kepada pokok yang telah berbuah atau berumur lebih 3 bulan di ladang. Bagi pengamal fertigasi tambah Urea atau Amm. nirat 0.5 - 1.0 kg dalam tangki 600G dan titiskan 10 - 15 minit sebelah pagi
Selamat mencuba

HIDROPONIK TAKUNG





saya ketengahkan semula teknik penanaman sayuran cara mudah ini. Pada tahun 90an dulu, kaedah ini sangat popular dan digemari ramai terutama semasa kempen bumi hijau dan tanam sendiri semasa ekonomi gawat 1997 - 1998. Tahniah dan syabas ! kepada yang berminat dengan aktiviti pengeluaran makanan sendiri ini. Tak de bahayanya makan sayur hidroponik ... jangan mudah terpedaya dengan cakap2 kedai kopi atau maklumat tak berasas...
Tanam sendiri, usaha sendiri, makan sendiri.... sambil2 tu beri jiran2 Insyaallah.





















Satu set mengandungi Takung & penutup plastik 8 lubang, media benang, seed pot, 2- 3 jenis biji benih sayur daun (kangkong, bayam, atau kailan dsb),