sahabat blogger

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN!


HELLO YOU ALL !
haiyya !esok pose .bg salam lar !
ASSALAMMUALAIKUM semua .semoga sihat untuk menjalani ibadat puasa esok .
hari ini saya mau bertazkirah seperti ustazah .hehehe
saje mau ingat mengingati sesama muslim.


TABIR Syaaban hampir berlabuh. Berlalu meninggalkan hari-hari yang penuh berkat dan diberkati. Alhamdulillah, Ramadan pula hampir bertamu bersama keberkatannya yang melimpah ruah dan tidak terhingga.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa meletakkan keberkatannya pada apa sahaja perkara yang dikehendaki-Nya. Maka Ramadan telah dipilih-Nya untuk menerima antara curahan terbanyak keberkatan itu untuk diambil manfaat oleh sesiapa yang dipilih untuk mendapatkannya. Sebagai antara ikhtiar kita untuk digolongkan dalam golongan terpilih ini, marilah kita mempersiapkan diri menyambut Ramadan dengan menghimbau kembali makna dan martabat bulan yang mulia ini.
Ramadan itu adalah bulan yang tertinggi darjat dan martabatnya di sisi Islam. Pada bulan inilah Allah memfardukan puasa ke atas kaum muslimin dan dicatatkan sebagai kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Firman Allah SWT dengan maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa. (al-Baqarah :183)
oke .sebagai umat islam diwajid kn berpuasa .bangga lar menjadi umat islam .diharapkan semua dapat menjalani ibadat puasa dengan penuh takwa dan iman .cukup lar sampai sini saya jadi ustazah .semoga semuadapat berkat bulan ramadhan nie .
p/s:pose jangan xpose =)

No comments:

Post a Comment

jejak pengunjung